Google Index URL dengan sepantas Khairul Hafiz Jantan (Update)

​Post ini akan mengajar anda bagaimana nak index URL baru atau yang belum crawl oleh bots dengan pantas dan mudah di Google.

Apa itu Google Indexing URL?

​Google Indexing URL ini merujuk kepada Google bot telah crawl website anda dan paparkan di carian search Google. Untuk mengetahui samada URL tersebut telah crawl oleh Google bot dengan mengunakan function ini di Google Search iaitu : site:url

Bagi sesetengah website, anda mungkin perasan Google tak crawl sekiranya website anda tidak sepopular website yang lain. Jadi dengan mengunakan tools yang simple ini anda boleh PAKSA Google bots untuk crawl dan URL tadi akan di index segera sepantas kurang 1 minit.

Sila tonton video tutorial mudah ini.

Link: https://www.google.com/webmasters/tools/submit-url

​Kepentingan ​Indexing URL?

​​Sekiranya anda t​idak index URL, link tersebut tidak akan dapat membantu blog/web anda dari segi ranking disebabkan ia tidak muncul di Google Serp. Walaupun anda telah buat “content” yang bagus dan “proper” yang “friendly” SEO tapi ianya tetap “useless” kepada Google. Disebabkan itu, indexing url adalah salah satu langkah SEO yang perlu anda praktis.

Kebanyakan blogger hanya ping tapi tidak indexing. Jadi selepas ini anda perlu pastikan URL yang anda nak rank mestilah di index terlebih dahulu.

​​Cara Nak Index URL

Dapatkan URL dan masukan dalam Google Submit URL . Sila pastikan anda login Google.

Google Submit URL Tool

​Selepas itu anda guna operator Google search ini : site:link-anda untuk semak sama ada link tersebut telah di index atau tidak.

Dalam video di atas, saya dapati anda perlu buang http:// atau https:// untuk menyemak index di Google.

Semak Indexing di Google

Menggunkan teknik ini, saya berjaya index url tersebut kurang daripada 30 saat sahaja. Sekarang anda dah boleh index URL ​sepantas macam Khairul Hafiz Jantan !

Khairul Hafiz Jantan

​Kredit: http://www.themalaymailonline.com/sports/article/khairul-speedy-hafiz-jantan-eyes-triple-gold#zlzLYZPSBsru7cK0.97

​Selamat Mencuba!

  • Saya nak jadi orang pertama komen. Indexing ni penting kalau ada yang tak tahu.
    Pastikan ada perubahan pada post baru buat indexing

    • Betul tue Tuan. Buat SEO tanpa indexing adalah hampir “useless” , sama seperti ada produk tanpa promosi. Indexing adalah salah satu dari cabang SEO..